BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 3 January 2012

William Shakespeare, Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah..

William Shakespeare.



Shakespeare dilahirkan di Henley, Stratford-upon-avon, United Kingdom pada 4hb Mei 1564. Ayah beliau ialah John Shakespeare, seorang ahli perundangan Bandar serta usahawan yang berjaya. Ibunya pula adala Mary Arden adalah anak perempuan orang atasan. Beliau adalah penulis bahasa Inggeris yang teragung, pengarang kesusasteraan Barat yang amat terkenal, serta dramatis yang terkemuka di dunia.


Rumah kelahiran William Shakespeare di Henley Street, Stratford-upon-avon, U.K.
















Shakespeare berkahwin dengan Anne Hathway ketika berumur 18 tahun sedangkan isterinya ketika itu berumur 26 tahun. Mereka melangsungkan perkahwinan di Temple Grafton berdekatan dengan Stratfoed pada 28hb November 1582.


Rumah Kediaman Anne Hathaway





 


Kuntuman bunga yang terdapat di halaman rumah Anne Hathaway iaitu isteri William Shakespeare.



Apa yang menarik di sini ialah rumah kelahirannya masih kekal utuh sehingga kini dan boleh menjadi tatapan dan ingatan generasi sekarang dan juga generasi yang akan datang. Perkembangan penulisan di negara penjajah ini telah lama berkembangan berbanding dengan negara-negara di Asia Tenggara terutamanya Malaysia.

Semasa berada di hadapan rumah William Shakespeare ini fikiran ku melayang teringatkan Tokoh Penulis Melayu seperti Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah, Hamzah Fansuri dan ramai lagi.

Namun begitu sejarah negara kita tidak sebaik dengan Negara Penjajah ini dari segi dokumentasi. Fakta sejarah kita kebanyakkannya berdasarkan penceritaan dari mulut ke mulut dan dari kutipan tulisan Penjajah yang menjajah negara kita. Maka banyak fakta mengenai tokoh ini tidak selengkap tokoh mereka.

Antara tokoh yang boleh kita bandingkan dengan Shakespeare ini adalah Munsyi Abdullah. Munsyi Abdullah dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia pada tahun 1854.

Manakala Hamzah Fansuri dilahirkan di Barus, Sumatera Utara pada abad ke 16. Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya semasa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerentah Aceh dalam tahun 1606-1636. Pada zaman pemerentahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam adalah zaman permulaan kegemilangan Kesultanan Aceh.

Agak terkilan kerana kita tidak tahu dengan tepat tarikh kelahiran Tun Seri Lanang ataupun mungkin kelemahan saya sendiri yang tidak menjumpainya. Apa yang diketahui ialah Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja Johor antara tahun 1580 dan 1615. Beliau adalah penyunting buku Sejarah Melayu.

Apa yang boleh kita simpulkan ialah William Shakespeare berkarya sezaman dengan Tun Seri Lanang. Namun begitu kita kita tidak boleh menyaksikan kesan sejarah peningalan Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah dan Hamzah Fansuri sebagaimana kita dapat melihat dengan jelas kesan peningalan William Shakespeare.

0 comments: