Cuti persekolahan hujung tahun 2011 telah membawa aku dan keluarga ke Haworth Village, West Yorkshire, UK . Perjalanan dari Bristol mengambil masa hampir 4 jam kalau tidak berhenti sepanjang perjalanan. Namun dalam perjalanan sempat singgah dan bermalam di Manchester dan melayan keluarga di Cheshire Oaks Designer Outlet serta ManchesterUnited Stadium.
Dalam perjalanan ke Haworth Village pemandangan di sekeliling sungguh indah dan menyamankan. Namun begitu anak-anak yang ada di belakang kereta sedang lena diulit mimpi. Terasa sedikit kesal kerana tidak bersama-sama menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa.
Haworth Village sering dikaitkan dengan 'The Bronte Family' dan 'TheThree Sister's' penulis terkenal. Kebanyakkan tulisan mereka menggambarkan kehidupan mereka di daerah ini.
Kami berhenti sebentar di kawasan letak kereta untuk menikmati keindahan pemandangan di atas bukit yang penuh dengan berangin.
Keindahan pemandangan dari atas bukit di kawasan letak kereta
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Haworth Village
Kawasan Haworth Village
Sepanjang aku berada di Haworth Village ini aku teringatkan Kampung Bukit Kerdas di Jempol, Negeri Sembilan. Teringatkan akan kampung ini bukanlah oleh persamaan keindahannya tetapi oleh kerana kampung ini adalah tempat lahirnya Pendeta Zaaba ataupun Zainal Abidin Ahmad pada 16 September 1895.
Pemandanagan di Kampung Bukit Kerdas yang sungguh mendamaikan.
Teratak Zaaba
Aku juga teringatkan akan Daerah Samalanga di Acheh dimana tempat ini menjadi persemadian Tun Sri Lanang. Ramai yang telah melupakan akan jasa-jasa tokoh ini. Tun Sri Lanang lebih dikenali sebagai orang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah.
Makam Tun Seri Lanang yang terdapat di tepi Sungai Bate Illiek, Samalanga, Acheh.
Namun begitu adalah tidak adil untuk saya menyamakan 'The Three Sister's' ini dengan Pendeta Zaba ataupun Tun Seri Lanang ini. Sepatutnya saya harus menyamakan tokoh penulis Melayu ini dengan William Shakespeare. InsyaAllah akan ada penceritaan bergambar mengenai William Shakespeare pada penulisan saya yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment