BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 17 October 2014

Airasia..alahai Airasia

Airasia telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dengan perkembangan yang sungguh luarbiasa hebatnya. Namanya bukan sahaja harum semerbak di Asia malahan berterbangan hingga ke Eropah. Di Asia ianya menjadi pesawat tambang murah yang berkembang pesat sedangkan di Eropah ianya terkenal dengan pengambil alih Queen's Park Rangers FC di United Kingdom namanya terpampang megah di dada para pemain Queen's Park Rangers. Di Stadium di South Africa Road, London, logo Airasia banyak terdapat di sana, dari pintu masuk utama sehinggalah di kedai cenderamata. Setelah hampir 5 tahun tidak melanggan perkhidmatan Airasia saya telah melayari laman webnya pada 26hb September 2012 untuk membeli tiket penerbangan ke Medan. Saya agak terkejut dengan perubahan yang agak drastik yang telah berlaku di lamannya. Kalau dahulu ia meminta butiran yang saya rasakan mengarut seperti butiran passport termasuk butiran kad pengenalan. Kini ianya memberikan pilihan samada butiran passport atau kad pengenalan sahaja. Ini adalah perkembangan yang baik dan memudahkan untuk membeli tiket kerana kita jarang membawa passport ke mana-mana. Perubahan yang saya rasakan telah menekan pengguna pula ialah dengan pengenaan pelbagai bayaran. Bayaran itu adalah seperti bayaran untuk bagasi, insurance, express check in, pilihan tempat duduk dan pilihan untuk tidak dipisahkan dengan ahli keluarga ataupun teman-teman. Bayaran ini adalah merupakan pilihan dan ianya boleh dielakkan dengan tidak memilihnya. Namun begitu tidak semua pelanggan sedar akan perkara ini dan mungkin ada yang terbayar perkhidmatan yang tidak diperlukan ini. Apa yang lebih dikesalkan ialah bayaran wajib yang tidak boleh dielakkan iaitu bayaran proses iaitu berjumlah RM30.00 setiap transaksi. Jumlah ini bagi saya adalah satu jumlah yang agak tinggi untuk dikenakan oleh syarikat yang terkenal dengan penerbangan tambang murah sedangkan charge proses yang amat tinggi. Pada hari keberangkatan saya terus ke kaunter untuk check in. Nampak ramai jugak orang yang beratur di setiap kaunter. Setelah saya periksa di layar informasi saya terpaksa beratur di kaunter R32. Saya dengan pantas terus beratur di situ dan terdapat banyak barisan di situ yang sudah agak panjang dan ada yang bersimpang siur dan tidak teratur. Nasib baik di kaunter R32 tidak begitu panjang. Saya terus berbaris di belakang sekali dan saya nampak seorang mat saleh juga beratur di barisan yang sama tetapi tersisih sedikit dan terbentuk barisan itu seperti huruf y. Saya agak bernasib baik kerana selepas itu orang ramai beratur di belakang saya dan jelas kelihatan mat saleh itu tersisih dari barisan. Apabila dia menyedari dia nampak tersisih dan keluar dari barisan dia dengan tanpa banyak soalan terus bergerak ke belakang untuk berbaris. Saya yang menyedari keadaan itu terus menawarkannya untuk berbaris di depan saya kerana saya pasti bahawa beliau memang lebih awal dari saya. Dia sambil tersenyum menolak tawaran saya terus ke belakang untuk berbaris. Tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datangnya cuba masuk ke barisan di hadapan saya. Saya seperti biasa memang tidak tahan dengan keadaan itu terus menegur untuk dia beratur di barisan belakang. Pada mulanya dia berdegil tetapi beberapa ayat 'sekolah' yang saya keluarkan dia terus keluar barisan untuk ke belakang dengan muka yang merah padam. Saya memang bengang dengan mamat tu yang tak tau adat dan adap untuk beratur dan tidak seperti mat saleh tadi yang sepatutnya berada di hadapan saya terus beralah untuk beratur di belakang.  Saya merasa hairan juga kenapa barisan saya tidak bergerak dari tadi sedangkan barisan di sebelah saya semakin kurang. Tanpa diduga kakitangan di kaunter sebelah memanggil saya untuk ke kaunter sebelahnya yang sudah tiada orang. Saya dengan pantas beralih ke barisan tersebut meninggalkan barisan saya yang panjang itu. Saya terus menyerahkan passport dan tiket kepada kakitangan itu untuk urusan check in. Tanpa banyak soalan beliau terus menyerahkan passport saya berserta boarding pass. Agak hairan beliau tidak menanyakan luggage untuk di check in atau yang mahu dibawa ke dalam pesawat. Mungkin Airasia kini tidak berkira sangat tentang luggage dan berat. Setelah selesai urusan check in aku terus ke kaunter imigresen untuk urusan ke luar negeri. Sangkaan ku tadi meleset. Rupa-rupanya sebelum kita ke kaunter imigresen terdapat 2 kakitangan Airasia tercegat di situ untuk memeriksa boarding pass dan juga barang-barang yang dibawa. Mereka memeriksa size beg dan juga berat. Sahabat ku di hadapan ku telah ditegur kerana luggage dia seberat 14 kilo. "Beg abang melebihi 7 kilo sila check in beg ini ya" katanya. Sahabat ku cuba merayu tetapi tidak dilayan sambil mengulang ayat yang sama. Tiba giliran ku kakitangan tersebut seperti robot mengulangi ayat yang sama. Saya terus ke belakang untuk mengatur strategi seperti biasa. Kalau di Heatrow pun biasanya saya biasanya boleh lepas dengan pelbagai cara dengan berat yang melampau inikan pula LCCT. Saya penuh yakin yang saya boleh lepas. Saya memerhatikan tingkah kedua-dua kikitangan tersebut. Oh..rupa-rupanya kakitangan di sebelah itu agak tidak berkira sangat tentang luggage dan berat. Saya dan teman cuba juga untuk mengurangkan sedikit berat luggage dengan mengeluarkan beberapa barang dan memasukkannya ke dalam beg plastik untuk dijinjing. Saya terus beratur di barisan yang dijaga oleh kakitangan yang tidak berkira tadi. Walaupun jaraknya dengan barisan yang saya disuruh untuk check in luggage tadi hanya sekitar 2 kaki sahaja. Boarding pass Dan passport diperiksa dan tanpa banyak soal saya telah dibenarkan masuk. Yess..aku berjaya lagi..tidak perlu membayar sebanyak RM40.00 untuk setiap 20 kg luggage yang kita check in. Seperti biasa aku akan tidak ada masalah untuk melepasi mesin pengimbas kerana aku sentiasa berhati-hati untuk tidak membawa barang-barang yang tidak 'dibenarkan' seperti liquid, gunting, pisau dan barang-barang bahaya yang lain. Aku biasanya akan membawa barang-barang yang tidak dibenarkan ke London terutamanya makanan yang tidak dikesan oleh mesin pengimbas. Ini cuma ke Medan dan Acheh, tidak perlu itu semua. Aku juga akan pastikan untuk mengeluarkan handphone, metal yang berada di dalam poket dan membuka talipinggang. Seperti diduga aku melepasi pemeriksaan keselamatan dengan mudah. Setelah itu aku memeriksa boarding pass untuk mempastikan ke pintu mana yang aku harus tuju. Terpampang di boarding pass itu terulis gate T2. Aku harus menuju ke pintu T2. Apabila aku memeriksa sekali lagi boarding pass tertera seat no 9E. Oh..ini satu perubahan yang saya rasakan agak baik kerana tidak perlu lagi berebut untuk naik pesawat bagi mempastikan tidak duduk di belakang kerana dahulu tempat duduk adalah bebas. Aku teringat kalau dahulu setiap kali naik pesawat aku sering mempergunakan anak aku untuk menyuruh mereka berlari untuk menempah tempat duduk yang paling hadapan. Aku teringat kembali semasa pembelian tiket pada 26hb September 2012 ada pilihan untuk membayar sebanyak RM6.00 untuk mempastikan agar kita tidak terpisah dengan teman atau ahli keluarga. Aku memeriksa no tempat duduk teman ku. No tempat duduknya adalah 9D dan sudah pastilah tempat duduk ku bersebelahan dengan ku. Tidak perlu untuk membayar lebih untuk mempastikan kita terpisah tempat duduk. Kalau dahulu kakitangan Airasia akan mengumumkan kanak-kanak dan orang tua serta ibu yang hamil agar ke hadapan kerana golongan ini yang diberi keutamaan untuk masuk dahulu. Kini nilai-nilai murni ini sudah tiada lagi kerana wang ringgit dan keuntungan yang menjadi keutamaan. Sesiapa yang ingin boarding dahulu perlu membayar sebanyak RM100.00. Seperti biasa aku beratur di hadapan sekali. Apabila pengumuman supaya tempat duduk no 1 hingga 5 atau pembeli express boarding agar masuk dahulu, aku cuma membisu kerana aku tidak membayar untuk itu. Setelah dua kali pengumuman yang tidak menggunakan pembesar suara dan saya pasti orang yang di belakang tidak mendengarnya kakitangan itu terus memeriksa boarding pass aku dan terus membenarkan untuk aku masuk ke pesawat. Aku menganggapkan telah menggunakan perkhidmatan express boarding tanpa membayarnya. Sia-sialah sesiapa membayar perkhidmatan ini kalau ada yang membayarnya kerana aku yang pertama memasuki pesawat. Aku terus berjalan menuju ke pesawat. Apabila aku melangkah masuk aku telah disambut dengan ucapan "selamat siang Pak", sapa pramugari yang berada di muka pintu pesawat. Oh ada pramugari Indon di dalam pesawat ini di dalam fikiran ku. Aku pun secara spontan terus membalas sapaannya " selamat siang" dalam loghat Indon kerana aku sudah biasa dan mahir didalam loghat ini. Aku terus mengambil tempat duduk ku. Apabila pengumuman dibuat minah yang sama yang membuatnya, sudah pastilah di dalam bahasa Indonesia. Aku yang agak patriotik merasakan ini tidak harus berlaku kerana seharusnya pesawat milik orang Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu loghat Malaysia dan bukannya bahasa Melayu loghat Indonesia. Tony Fernandez seharusnya belajar dari Soekarno yang telah memaksa rakyatnya menggunakan bahasa Indonesia secara total tanpa mengira bangsa samada Cina, India atau apapun. Orang asing yang berada di dalam pesawat itu sudah pasti merasakan bahawa bahasa Indonesia itu adalah bahasa Malaysia kerana ini adalah pesawat milik rakyat Malaysia. Selepas itu seorang pramugari sedang mengagihkan kad kastam dan imigresen yang perlu diisi oleh para penumpang. Sampai di tempatku " Bapak passportnya Malaysia apapun Indonesia" tanya pramugari itu. Ahhhh... orang Indon lagi keluh aku di dalam hati. Selepas itu aku memerhatikan semua crew yang berada di dalam pesawat itu. Aku pasti dengan cara berkomunikasinya mereka semuanya adalah rakyat Indonesia. Ahhh..habislah peluang anak Malaysia untuk bekerja dengan Airasia kerana telah dipenuhi oleh rakyat Indonesia. Teringatkan akan adik yang pernah datang tinggal di rumah ku di Bristol selama lebih sebulan yang mempunyai lesen membawa pesawat tetapi masih tidak bekerja sebagai pilot sehingga sekarang. Aku seolah-olah berada di dalam pesawat milik orang Indonesia dan bukan berada di dalam Airasia milik Tony Fernandez. Aku agak gembira dengan perubahan yang positif yang berlaku di Airasia seperti data nama penumpang yang hanya dengan no kad pengenalan sahaja dan bukannya mewajibkan butiran passport dan juga telah menetapkan no tempat duduk yang tidak memerlukan kita berebut seperti naik bas. Namun begitu aku agak terkilan dengan perkembangan negatifnya yang aku rasakan adalah lebih banyak lagi, dari pelbagai charge tambahan sehinggalah kepada nilai-nilai murni kemanusiaan serta semangat kebangsaan yang telah diketepikan hanya semata-mata mementingkan keuntungan.  Syabas Tan Sri Tony Fernandez kerana telah melakukan apa sahaja demi keuntungan tanpa memikirkan semangat kebangsaan dan anak bangsa yang masih ramai mengangur kerana tempatnya telah diisi oleh orang asing....Aku rasa terlalu cepat sampai ke destinasi dengan suasana seperti di Indonesia Walaupun belum menjejaki bumi Indonesia, Cukup hanya berada di dalam pesawat Airasia yang menuju ke Medan walaupun masih berada di bumi Malaysia negara tumpahnya darah ku... (Kini baru ku tau bahawa pesawat yg ku naiki adalah pesawat Air Asia Indonesia. Artikel ini ditulis pada tahun 2012)

0 comments: