Airasia telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dengan perkembangan yang sungguh luarbiasa hebatnya. Namanya bukan sahaja harum semerbak di Asia malahan berterbangan hingga ke Eropah. Di Asia ianya menjadi pesawat tambang murah yang berkembang pesat sedangkan di Eropah ianya terkenal dengan pengambil alih Queen's Park Rangers FC di United Kingdom namanya terpampang megah di dada para pemain Queen's Park Rangers. Di Stadium di South Africa Road, London, logo Airasia banyak terdapat di sana, dari pintu masuk utama sehinggalah di kedai cenderamata. Setelah hampir 5 tahun tidak melanggan perkhidmatan Airasia saya telah melayari laman webnya pada 26hb September 2012 untuk membeli tiket penerbangan ke Medan. Saya agak terkejut dengan perubahan yang agak drastik yang telah berlaku di lamannya. Kalau dahulu ia meminta butiran yang saya rasakan mengarut seperti butiran passport termasuk butiran kad pengenalan. Kini ianya memberikan pilihan samada butiran passport atau kad pengenalan sahaja. Ini adalah perkembangan yang baik dan memudahkan untuk membeli tiket kerana kita jarang membawa passport ke mana-mana. Perubahan yang saya rasakan telah menekan pengguna pula ialah dengan pengenaan pelbagai bayaran. Bayaran itu adalah seperti bayaran untuk bagasi, insurance, express check in, pilihan tempat duduk dan pilihan untuk tidak dipisahkan dengan ahli keluarga ataupun teman-teman. Bayaran ini adalah merupakan pilihan dan ianya boleh dielakkan dengan tidak memilihnya. Namun begitu tidak semua pelanggan sedar akan perkara ini dan mungkin ada yang terbayar perkhidmatan yang tidak diperlukan ini. Apa yang lebih dikesalkan ialah bayaran wajib yang tidak boleh dielakkan iaitu bayaran proses iaitu berjumlah RM30.00 setiap transaksi. Jumlah ini bagi saya adalah satu jumlah yang agak tinggi untuk dikenakan oleh syarikat yang terkenal dengan penerbangan tambang murah sedangkan charge proses yang amat tinggi. Pada hari keberangkatan saya terus ke kaunter untuk check in. Nampak ramai jugak orang yang beratur di setiap kaunter. Setelah saya periksa di layar informasi saya terpaksa beratur di kaunter R32. Saya dengan pantas terus beratur di situ dan terdapat banyak barisan di situ yang sudah agak panjang dan ada yang bersimpang siur dan tidak teratur. Nasib baik di kaunter R32 tidak begitu panjang. Saya terus berbaris di belakang sekali dan saya nampak seorang mat saleh juga beratur di barisan yang sama tetapi tersisih sedikit dan terbentuk barisan itu seperti huruf y. Saya agak bernasib baik kerana selepas itu orang ramai beratur di belakang saya dan jelas kelihatan mat saleh itu tersisih dari barisan. Apabila dia menyedari dia nampak tersisih dan keluar dari barisan dia dengan tanpa banyak soalan terus bergerak ke belakang untuk berbaris. Saya yang menyedari keadaan itu terus menawarkannya untuk berbaris di depan saya kerana saya pasti bahawa beliau memang lebih awal dari saya. Dia sambil tersenyum menolak tawaran saya terus ke belakang untuk berbaris. Tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datangnya cuba masuk ke barisan di hadapan saya. Saya seperti biasa memang tidak tahan dengan keadaan itu terus menegur untuk dia beratur di barisan belakang. Pada mulanya dia berdegil tetapi beberapa ayat 'sekolah' yang saya keluarkan dia terus keluar barisan untuk ke belakang dengan muka yang merah padam. Saya memang bengang dengan mamat tu yang tak tau adat dan adap untuk beratur dan tidak seperti mat saleh tadi yang sepatutnya berada di hadapan saya terus beralah untuk beratur di belakang. Saya merasa hairan juga kenapa barisan saya tidak bergerak dari tadi sedangkan barisan di sebelah saya semakin kurang. Tanpa diduga kakitangan di kaunter sebelah memanggil saya untuk ke kaunter sebelahnya yang sudah tiada orang. Saya dengan pantas beralih ke barisan tersebut meninggalkan barisan saya yang panjang itu. Saya terus menyerahkan passport dan tiket kepada kakitangan itu untuk urusan check in. Tanpa banyak soalan beliau terus menyerahkan passport saya berserta boarding pass. Agak hairan beliau tidak menanyakan luggage untuk di check in atau yang mahu dibawa ke dalam pesawat. Mungkin Airasia kini tidak berkira sangat tentang luggage dan berat. Setelah selesai urusan check in aku terus ke kaunter imigresen untuk urusan ke luar negeri. Sangkaan ku tadi meleset. Rupa-rupanya sebelum kita ke kaunter imigresen terdapat 2 kakitangan Airasia tercegat di situ untuk memeriksa boarding pass dan juga barang-barang yang dibawa. Mereka memeriksa size beg dan juga berat. Sahabat ku di hadapan ku telah ditegur kerana luggage dia seberat 14 kilo. "Beg abang melebihi 7 kilo sila check in beg ini ya" katanya. Sahabat ku cuba merayu tetapi tidak dilayan sambil mengulang ayat yang sama. Tiba giliran ku kakitangan tersebut seperti robot mengulangi ayat yang sama. Saya terus ke belakang untuk mengatur strategi seperti biasa. Kalau di Heatrow pun biasanya saya biasanya boleh lepas dengan pelbagai cara dengan berat yang melampau inikan pula LCCT. Saya penuh yakin yang saya boleh lepas. Saya memerhatikan tingkah kedua-dua kikitangan tersebut. Oh..rupa-rupanya kakitangan di sebelah itu agak tidak berkira sangat tentang luggage dan berat. Saya dan teman cuba juga untuk mengurangkan sedikit berat luggage dengan mengeluarkan beberapa barang dan memasukkannya ke dalam beg plastik untuk dijinjing. Saya terus beratur di barisan yang dijaga oleh kakitangan yang tidak berkira tadi. Walaupun jaraknya dengan barisan yang saya disuruh untuk check in luggage tadi hanya sekitar 2 kaki sahaja. Boarding pass Dan passport diperiksa dan tanpa banyak soal saya telah dibenarkan masuk. Yess..aku berjaya lagi..tidak perlu membayar sebanyak RM40.00 untuk setiap 20 kg luggage yang kita check in. Seperti biasa aku akan tidak ada masalah untuk melepasi mesin pengimbas kerana aku sentiasa berhati-hati untuk tidak membawa barang-barang yang tidak 'dibenarkan' seperti liquid, gunting, pisau dan barang-barang bahaya yang lain. Aku biasanya akan membawa barang-barang yang tidak dibenarkan ke London terutamanya makanan yang tidak dikesan oleh mesin pengimbas. Ini cuma ke Medan dan Acheh, tidak perlu itu semua. Aku juga akan pastikan untuk mengeluarkan handphone, metal yang berada di dalam poket dan membuka talipinggang. Seperti diduga aku melepasi pemeriksaan keselamatan dengan mudah. Setelah itu aku memeriksa boarding pass untuk mempastikan ke pintu mana yang aku harus tuju. Terpampang di boarding pass itu terulis gate T2. Aku harus menuju ke pintu T2. Apabila aku memeriksa sekali lagi boarding pass tertera seat no 9E. Oh..ini satu perubahan yang saya rasakan agak baik kerana tidak perlu lagi berebut untuk naik pesawat bagi mempastikan tidak duduk di belakang kerana dahulu tempat duduk adalah bebas. Aku teringat kalau dahulu setiap kali naik pesawat aku sering mempergunakan anak aku untuk menyuruh mereka berlari untuk menempah tempat duduk yang paling hadapan. Aku teringat kembali semasa pembelian tiket pada 26hb September 2012 ada pilihan untuk membayar sebanyak RM6.00 untuk mempastikan agar kita tidak terpisah dengan teman atau ahli keluarga. Aku memeriksa no tempat duduk teman ku. No tempat duduknya adalah 9D dan sudah pastilah tempat duduk ku bersebelahan dengan ku. Tidak perlu untuk membayar lebih untuk mempastikan kita terpisah tempat duduk. Kalau dahulu kakitangan Airasia akan mengumumkan kanak-kanak dan orang tua serta ibu yang hamil agar ke hadapan kerana golongan ini yang diberi keutamaan untuk masuk dahulu. Kini nilai-nilai murni ini sudah tiada lagi kerana wang ringgit dan keuntungan yang menjadi keutamaan. Sesiapa yang ingin boarding dahulu perlu membayar sebanyak RM100.00. Seperti biasa aku beratur di hadapan sekali. Apabila pengumuman supaya tempat duduk no 1 hingga 5 atau pembeli express boarding agar masuk dahulu, aku cuma membisu kerana aku tidak membayar untuk itu. Setelah dua kali pengumuman yang tidak menggunakan pembesar suara dan saya pasti orang yang di belakang tidak mendengarnya kakitangan itu terus memeriksa boarding pass aku dan terus membenarkan untuk aku masuk ke pesawat. Aku menganggapkan telah menggunakan perkhidmatan express boarding tanpa membayarnya. Sia-sialah sesiapa membayar perkhidmatan ini kalau ada yang membayarnya kerana aku yang pertama memasuki pesawat. Aku terus berjalan menuju ke pesawat. Apabila aku melangkah masuk aku telah disambut dengan ucapan "selamat siang Pak", sapa pramugari yang berada di muka pintu pesawat. Oh ada pramugari Indon di dalam pesawat ini di dalam fikiran ku. Aku pun secara spontan terus membalas sapaannya " selamat siang" dalam loghat Indon kerana aku sudah biasa dan mahir didalam loghat ini. Aku terus mengambil tempat duduk ku. Apabila pengumuman dibuat minah yang sama yang membuatnya, sudah pastilah di dalam bahasa Indonesia. Aku yang agak patriotik merasakan ini tidak harus berlaku kerana seharusnya pesawat milik orang Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu loghat Malaysia dan bukannya bahasa Melayu loghat Indonesia. Tony Fernandez seharusnya belajar dari Soekarno yang telah memaksa rakyatnya menggunakan bahasa Indonesia secara total tanpa mengira bangsa samada Cina, India atau apapun. Orang asing yang berada di dalam pesawat itu sudah pasti merasakan bahawa bahasa Indonesia itu adalah bahasa Malaysia kerana ini adalah pesawat milik rakyat Malaysia. Selepas itu seorang pramugari sedang mengagihkan kad kastam dan imigresen yang perlu diisi oleh para penumpang. Sampai di tempatku " Bapak passportnya Malaysia apapun Indonesia" tanya pramugari itu. Ahhhh... orang Indon lagi keluh aku di dalam hati. Selepas itu aku memerhatikan semua crew yang berada di dalam pesawat itu. Aku pasti dengan cara berkomunikasinya mereka semuanya adalah rakyat Indonesia. Ahhh..habislah peluang anak Malaysia untuk bekerja dengan Airasia kerana telah dipenuhi oleh rakyat Indonesia. Teringatkan akan adik yang pernah datang tinggal di rumah ku di Bristol selama lebih sebulan yang mempunyai lesen membawa pesawat tetapi masih tidak bekerja sebagai pilot sehingga sekarang. Aku seolah-olah berada di dalam pesawat milik orang Indonesia dan bukan berada di dalam Airasia milik Tony Fernandez. Aku agak gembira dengan perubahan yang positif yang berlaku di Airasia seperti data nama penumpang yang hanya dengan no kad pengenalan sahaja dan bukannya mewajibkan butiran passport dan juga telah menetapkan no tempat duduk yang tidak memerlukan kita berebut seperti naik bas. Namun begitu aku agak terkilan dengan perkembangan negatifnya yang aku rasakan adalah lebih banyak lagi, dari pelbagai charge tambahan sehinggalah kepada nilai-nilai murni kemanusiaan serta semangat kebangsaan yang telah diketepikan hanya semata-mata mementingkan keuntungan. Syabas Tan Sri Tony Fernandez kerana telah melakukan apa sahaja demi keuntungan tanpa memikirkan semangat kebangsaan dan anak bangsa yang masih ramai mengangur kerana tempatnya telah diisi oleh orang asing....Aku rasa terlalu cepat sampai ke destinasi dengan suasana seperti di Indonesia Walaupun belum menjejaki bumi Indonesia, Cukup hanya berada di dalam pesawat Airasia yang menuju ke Medan walaupun masih berada di bumi Malaysia negara tumpahnya darah ku... (Kini baru ku tau bahawa pesawat yg ku naiki adalah pesawat Air Asia Indonesia. Artikel ini ditulis pada tahun 2012)
Friday, 17 October 2014
Tuesday, 3 January 2012
William Shakespeare, Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah..
William Shakespeare.
Shakespeare dilahirkan di Henley, Stratford-upon-avon, United Kingdom pada 4hb Mei 1564. Ayah beliau ialah John Shakespeare, seorang ahli perundangan Bandar serta usahawan yang berjaya. Ibunya pula adala Mary Arden adalah anak perempuan orang atasan. Beliau adalah penulis bahasa Inggeris yang teragung, pengarang kesusasteraan Barat yang amat terkenal, serta dramatis yang terkemuka di dunia.
Rumah kelahiran William Shakespeare di Henley Street, Stratford-upon-avon, U.K.
Shakespeare berkahwin dengan Anne Hathway ketika berumur 18 tahun sedangkan isterinya ketika itu berumur 26 tahun. Mereka melangsungkan perkahwinan di Temple Grafton berdekatan dengan Stratfoed pada 28hb November 1582.
Rumah Kediaman Anne Hathaway
Kuntuman bunga yang terdapat di halaman rumah Anne Hathaway iaitu isteri William Shakespeare.
Apa yang menarik di sini ialah rumah kelahirannya masih kekal utuh sehingga kini dan boleh menjadi tatapan dan ingatan generasi sekarang dan juga generasi yang akan datang. Perkembangan penulisan di negara penjajah ini telah lama berkembangan berbanding dengan negara-negara di Asia Tenggara terutamanya Malaysia.
Semasa berada di hadapan rumah William Shakespeare ini fikiran ku melayang teringatkan Tokoh Penulis Melayu seperti Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah, Hamzah Fansuri dan ramai lagi.
Namun begitu sejarah negara kita tidak sebaik dengan Negara Penjajah ini dari segi dokumentasi. Fakta sejarah kita kebanyakkannya berdasarkan penceritaan dari mulut ke mulut dan dari kutipan tulisan Penjajah yang menjajah negara kita. Maka banyak fakta mengenai tokoh ini tidak selengkap tokoh mereka.
Antara tokoh yang boleh kita bandingkan dengan Shakespeare ini adalah Munsyi Abdullah. Munsyi Abdullah dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia pada tahun 1854.
Manakala Hamzah Fansuri dilahirkan di Barus, Sumatera Utara pada abad ke 16. Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya semasa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerentah Aceh dalam tahun 1606-1636. Pada zaman pemerentahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam adalah zaman permulaan kegemilangan Kesultanan Aceh.
Agak terkilan kerana kita tidak tahu dengan tepat tarikh kelahiran Tun Seri Lanang ataupun mungkin kelemahan saya sendiri yang tidak menjumpainya. Apa yang diketahui ialah Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja Johor antara tahun 1580 dan 1615. Beliau adalah penyunting buku Sejarah Melayu.
Apa yang boleh kita simpulkan ialah William Shakespeare berkarya sezaman dengan Tun Seri Lanang. Namun begitu kita kita tidak boleh menyaksikan kesan sejarah peningalan Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah dan Hamzah Fansuri sebagaimana kita dapat melihat dengan jelas kesan peningalan William Shakespeare.
Manakala Hamzah Fansuri dilahirkan di Barus, Sumatera Utara pada abad ke 16. Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya semasa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerentah Aceh dalam tahun 1606-1636. Pada zaman pemerentahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam adalah zaman permulaan kegemilangan Kesultanan Aceh.
Agak terkilan kerana kita tidak tahu dengan tepat tarikh kelahiran Tun Seri Lanang ataupun mungkin kelemahan saya sendiri yang tidak menjumpainya. Apa yang diketahui ialah Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja Johor antara tahun 1580 dan 1615. Beliau adalah penyunting buku Sejarah Melayu.
Apa yang boleh kita simpulkan ialah William Shakespeare berkarya sezaman dengan Tun Seri Lanang. Namun begitu kita kita tidak boleh menyaksikan kesan sejarah peningalan Tun Seri Lanang, Munsyi Abdullah dan Hamzah Fansuri sebagaimana kita dapat melihat dengan jelas kesan peningalan William Shakespeare.
Posted by Jebat at 06:18 0 comments
Monday, 2 January 2012
Persamaan Haworth Village, Yorkshire,UK dengan Kampung Bukit Kerdas, Jempol, N Sembilan dan Kampung Samalanga, Aceh, Indonesia.
Cuti persekolahan hujung tahun 2011 telah membawa aku dan keluarga ke Haworth Village, West Yorkshire, UK . Perjalanan dari Bristol mengambil masa hampir 4 jam kalau tidak berhenti sepanjang perjalanan. Namun dalam perjalanan sempat singgah dan bermalam di Manchester dan melayan keluarga di Cheshire Oaks Designer Outlet serta ManchesterUnited Stadium.
Dalam perjalanan ke Haworth Village pemandangan di sekeliling sungguh indah dan menyamankan. Namun begitu anak-anak yang ada di belakang kereta sedang lena diulit mimpi. Terasa sedikit kesal kerana tidak bersama-sama menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa.
Haworth Village sering dikaitkan dengan 'The Bronte Family' dan 'TheThree Sister's' penulis terkenal. Kebanyakkan tulisan mereka menggambarkan kehidupan mereka di daerah ini.
Kami berhenti sebentar di kawasan letak kereta untuk menikmati keindahan pemandangan di atas bukit yang penuh dengan berangin.
Keindahan pemandangan dari atas bukit di kawasan letak kereta
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Haworth Village
Kawasan Haworth Village
Sepanjang aku berada di Haworth Village ini aku teringatkan Kampung Bukit Kerdas di Jempol, Negeri Sembilan. Teringatkan akan kampung ini bukanlah oleh persamaan keindahannya tetapi oleh kerana kampung ini adalah tempat lahirnya Pendeta Zaaba ataupun Zainal Abidin Ahmad pada 16 September 1895.
Pemandanagan di Kampung Bukit Kerdas yang sungguh mendamaikan.
Teratak Zaaba
Aku juga teringatkan akan Daerah Samalanga di Acheh dimana tempat ini menjadi persemadian Tun Sri Lanang. Ramai yang telah melupakan akan jasa-jasa tokoh ini. Tun Sri Lanang lebih dikenali sebagai orang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah.
Makam Tun Seri Lanang yang terdapat di tepi Sungai Bate Illiek, Samalanga, Acheh.
Namun begitu adalah tidak adil untuk saya menyamakan 'The Three Sister's' ini dengan Pendeta Zaba ataupun Tun Seri Lanang ini. Sepatutnya saya harus menyamakan tokoh penulis Melayu ini dengan William Shakespeare. InsyaAllah akan ada penceritaan bergambar mengenai William Shakespeare pada penulisan saya yang akan datang.
Posted by Jebat at 02:04 0 comments
Labels: http://1.bp.blogspot.com/-zmDDYGBPxL0/TwGWj5cKdBI/AAAAAAAAAC4/0QMUfiokL6M/s1600/DSC07280.JPG
Saturday, 31 December 2011
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga.
Saya termanggu sejenak apabila melihatkan keindahan gambar yang dimuatturunkan oleh sahabat dari negara tetangga dengan tajuk Pulau Pandan. Saya terus teringatkan pantun klasik yang sungguh indah. Seindah pemandangan di Pulan Pandan. Rupa-rupanya ada Pulau Pandan ni dan bukannya sekadar khayalan untuk mengindahkan pembayang maksud pantun sahaja.
Pulau Pandan adalah satu destinasi yang bakal aku kunjungi apabila aku pulang ke tanahair kelak. Indonesia sudah seperti negara kedua ku kerana banyak persamaan budaya dan adat resam. Kepulauan Melayu yang telah dipecahbelahkan oleh Penjajah..
Pemandangan Pulau Pandan yang sungguh menyamankan.
Gunung Daik yang dikatakan bercabang tiga.
Gunung Daik terletak di Pulau Lingga di kawasan Kepulauan Riau. Gunung Daik mempunyai tiga puncak iaitu Gunung Daik, Gunung Pejantan dan Gunung Cindai Menangis. Puncak yang paling tinggi dipanggil Gunung Daik, yang tengah Gunung Pejantan dan yang paling rendah dan indah ialah Gunung Cindai Menangis.
Aku menyimpan azam untuk sampai di Pulau Pandan dan Gunung Daik yang banyak menyimpan sejarah Melayu yang belum trerungkai seperti Hang Tuah dan RajaRaja Melayu.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badab dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..
Posted by Jebat at 00:56 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)