Saya termanggu sejenak apabila melihatkan keindahan gambar yang dimuatturunkan oleh sahabat dari negara tetangga dengan tajuk Pulau Pandan. Saya terus teringatkan pantun klasik yang sungguh indah. Seindah pemandangan di Pulan Pandan. Rupa-rupanya ada Pulau Pandan ni dan bukannya sekadar khayalan untuk mengindahkan pembayang maksud pantun sahaja.
Pulau Pandan adalah satu destinasi yang bakal aku kunjungi apabila aku pulang ke tanahair kelak. Indonesia sudah seperti negara kedua ku kerana banyak persamaan budaya dan adat resam. Kepulauan Melayu yang telah dipecahbelahkan oleh Penjajah..
Pemandangan Pulau Pandan yang sungguh menyamankan.
Gunung Daik yang dikatakan bercabang tiga.
Gunung Daik terletak di Pulau Lingga di kawasan Kepulauan Riau. Gunung Daik mempunyai tiga puncak iaitu Gunung Daik, Gunung Pejantan dan Gunung Cindai Menangis. Puncak yang paling tinggi dipanggil Gunung Daik, yang tengah Gunung Pejantan dan yang paling rendah dan indah ialah Gunung Cindai Menangis.
Aku menyimpan azam untuk sampai di Pulau Pandan dan Gunung Daik yang banyak menyimpan sejarah Melayu yang belum trerungkai seperti Hang Tuah dan RajaRaja Melayu.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badab dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..